Kelas PC Hardware – PC Parts & components, Microsoft Office – Publisher & Advokasi

25 November 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 24 November 2019, Pusat Internet Melugu telah mengadakan kelas PC Hardware iaitu PC parts & components & Microsoft Office – Publisher. Kelas ini diadakan bertujuan untuk mendedahkan komponen-komponen komputer dan melatih pelajar menggunakan Microsoft Office Publisher yang mempunyai pelbagai format.

Dalam kelas ini, para pelajar telah diterangkan mengenai komponen-komponen komputer dan fungsinya seperti monitor, skrin komputer, tetikus dan papan kekunci sebagai ulang kaji kepada mereka. Pelajar turut diuji daya ingatan dan kefahaman mereka mengenai komponen yang telah diterangkan.

Selain itu, peserta turut diajar langkah demi langkah untuk membuka Microsoft Office Publisher 2016. Mereka diterangkan terhadap jenis-jenis dan kegunaan format penerbitan yang berbeza dalam Microsoft Office Publisher. Peserta digalakkan untuk membuat kad ucapan Selamat Hari Lahir kepada rakan-rakan mereka menggunakan format kad ucapan (greeting cards) mengikut kekreatifan masing-masing.

Dalam kelas ini juga para peserta telah digalakkan untuk membeli peralatan komunikasi yang mempunyai label MCMC sebagai pengesahan peralatan tersebut telah diperakukan mengikut standard-standard yang ditetapkan.

Di samping itu, peserta juga telah didedahkan dengan segmen Klik Dengan Bijak iaitu Online Grooming. Mereka diterangkan tentang maksud dan tujuan online grooming, taktik pemangsa serta simptom awal anak-anak yang mengalami gejala ini yang perlu ibu bapa /pelajar ketahui.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali